ECourse Ringkas - Strategi Buat Jualan Online

Assalamualaikum & salam sejahtera.. IMBro IS di sini..

Ini adalah ECOURSE PENDEK Strategi & Potensi Buat Jualan Online Guna Wasap.

 

Saya harap dengan ecourse ini ia dapat membantu & memberi idea tentang teknik-teknik buat jualan online untuk bisnes anda.

 

Make sure anda baca satu persatu. Jika sekarang anda masih sibuk & terkejar-kejar membuat pekerjaan lain, saya nasihatkan supaya STOP baca & fokus pada kerja anda.

Bila dah READY, anda boleh baca semula nanti.

 

Saya taknak disebabkan anda rushing, anda tergesa-gesa habiskan pembacaan ini.. Sampai akhirnya, anda tak faham satu pun apa yang disampaikan.

So kalau anda belum ready, STOP dulu! Sambung bila anda betul-betul dah ready.. 

 

Bagi anda yang dah ready, bagi sepenuh tumpuan.. Jom kita START! 

 

Bismillahirrahmanirrahim.. 

 

Buat Macam Ni.. Banyak SalesTERLEPAS

Mula-mula join bisnes online dulu, saya selalu gunakan teknik Hit&Run.. Iaitu LANGGAR LARI! Fokus teknik ni adalah IKLAN HARDSELL atau iklan nak TERUS MENJUAL..

 

Bukan saya jer.. Majoriti orang pun banyak buat begitu.. 

 

Tak dinafikan yang teknik iklan hardsell ni sebenarnya memang bagus.. Dan kadang-kadang boleh beri sales yang lumayan.. Tapi, dengan guna teknik ni sebenarnya anda dah HILANG lebih 50% SALES yang sepatutnya anda dapatkan!

 

Biasa orang buat iklan hardsell ni macam ni.. 

Contoh 1:

 

Contoh 2:

 

Persamaan kedua-dua jenis iklan ini adalah TERUS MENJUAL.. Letak ayat iklan, link wasap, link website, link pembelian & kemudian TINGGAL jer macam tu.. Kalau bernasib baik, adalah orang beli.. 

 

Cara ni bagus, cuma kurang berkesan.. 

 

Sebenarnya, ini yang TERJADI masa anda buat iklan terus menjual:

  • Hanya 1-3% prospek yang nampak iklan anda, akan PM atau klik link yang anda sediakan.. Kalau bernasib baik, mereka akan BELI TERUS

 

  • Ramai lagi bakal pelanggan yang berminat dengan produk anda, tapi atas gangguan tertentu mereka tak dapat buat pembelian pada masa tersebut!

 

  • Antara gangguan yang kerap berlaku, duit gaji tak masuk lagi, anak menangis, bos panggil meeting, tengah berjalan, tengah makan dll

 

  • Bila mereka dah sedia nak beli, iklan anda pulak dah tak muncul lagi dekat mereka.. Akhirnya, mereka beli dari pesaing anda.. Anda yang buat marketing, pesaing yang dapat sales.. RUGI!

 

Guna Strategi Wasap Boleh Bantu Anda..

Bila buat bisnes, anda sebenarnya sedang berdepan dengan ramai orang yang tak dikenali.. Sebagaimana anda sendiri tak suka kalau jurujual datang approach anda bagi flyers atau buat hardsell, macam tu juga bakal customer anda tak suka kalau anda terus promote barang kat mereka..

 

So, langkah pertama anda kena buat adalah PROSPEKTING! Iaitu buat kerja-kerja MERAMAIKAN targetted customer anda yang minat dengan produk / bisnes anda..

 

Semakin ramai targetted customer yang anda kumpulkan, semakin tinggi potensi jualan anda.. 

 

Kumpulkan mereka semua dalam 1 tempat, sama ada FB Group, Whatsapp Group, Telegram Channel atau Telegram Group.. Bila buat begini, anda akan ada FULL ACCESS terhadap iklan & bakal customer anda nanti..

 

Kedua, buat ENGAGEMENT! Ini adalah kerja-kerja untuk bina trust, personel branding, educate prospek, cerita pasal manfaat produk anda dll..

 

Tak Faham Lagi? Saya Bagi Perbandingan..

Kalau sebelum ni, anda buat iklan kat group iklan orang lain.. Perasan tak iklan anda tu tak sampai beberapa minit dah tenggelam sebab ramai seller lain pun beriklan kat situ juga..

 

Dan, bila anda buat iklan terlalu hardsell kat group orang lain.. Susah betul nak dapat sales..

 

Tengok.. Ni RESULT selepas tukar teknik hardsell kepada teknik wasap group..

 

Sebab tu, kalau anda nak iklan anda dibaca oleh prospek & takde gangguan daripada iklan lain.. Anda perlu ada kolam database sendiri!

 

Jangan Salah Faham! Ia Bukan LESEN Untuk Hardsell

Banyak seller bila dah berjaya kumpul ramai potential customer, mereka terus SPAM dengan iklan, promosi, diskaun, tawaran terhad menyebabkan ramai prospek yang akhirnya LARI..

 

Kalau anda taknak buat benda yang sama, follow teknik marketing kat bawah ni untuk buat kerja-kerja prospekting & engagement.

 

1 ) DATABASE Marketing

Macam saya sebutkan tadi, kumpul & ramaikan potential customer anda.. 

 

Anda boleh guna FB Group, Telegram Channel, Telegram Group dll.. Tapi dalam ecourse ni, saya prefer guna Whatsapp Group..

 

Kelebihan guna whatsapp group adalah mesej senang sampai, semua orang ada whatsapp, anda sendiri setiap hari buka whatsapp..

 

Dan sebab TERBESAR sekali adalah, ianya PERCUMA sahaja..

 

2 ) CONTENT Marketing

Bila potential customer semakin ramai, ELAK HARDSELL MELAMPAU-LAMPAU!

 

Apa yang boleh anda buat ialah kongsi awareness, bina trust, sharing manfaat & banyakkan softsell.. 

 

Share testimoni bagaimana produk anda boleh selesaikan masalah mereka.. Dan bagaimana produk anda boleh bantu capai impian mereka..

 

3 ) VIRAL REKEMEN Marketing

Teknik ini paling BEST, di mana customer anda boleh bertambah banyak secara low cost marketing..

 

Dalam teknik ini, prospek sedia ada dalam group anda akan bantu anda untuk cari & rekemen bisnes anda pada rakan-rakan mereka!

 

Dan mereka ni akan senang nak join group anda sebab dapat recommendation daripada orang yang mereka kenal. 

 

Bayangkan 1 orang customer anda boleh bawak 2 orang lagi potential customer yang baru.. Bermakna, potential customer anda meningkat 3X GANDA lebih cepat berbanding anda kena cari sendiri!

 

Anda Minat DUIT? Baca Bahagian Ni BETUL-BETUL

Saya nak cerita benda paling INTERESTING SEKALI pasal strategi ni.... REPEAT SALES..

 

Rakan saya buat strategi ni & dah ada 10 GROUP WASAP yang ada lebih 250 ahli setiap group.. Bermaksud dia mempunyai lebih 2,500 potential customer yang berminat nak beli produk dia.. 

 

Bayangkan cuma ada 100 orang jer yang membeli produk beliau dengan harga RM200, senang-senang jer dia buat sales RM20,000 untuk bulan tersebut!

 

Dengan wasap group yang sedia ada, anda sendiri dah tak perlu nak cari customer untuk buat sales.. Customer anda sendiri yang akan cari anda untuk buat REPEAT SALES seterusnya!

 

Ni RESULT salah seorang student yang follow teknik ni selama 6 BULAN..

 

 

Amacam? Nampak Tak POTENSI Strategi Wasap Ni?

Oklah.. Nanti dari semasa ke semasa saya akan share lagi banyak tips & strategi buat jualan online ni yang boleh bantu anda buat sales lebih mudah..

 

Follow RAPAT-RAPAT apa yang saya akan share dalam group nanti..

 

Jumpa lagi & semoga bermanfaat!