Salam hormat!😊

Hai perkenalkan saya Isman Sahidun, seorang lelaki yang berimpian nak mencapai kebebasan masa & kewangan sebelum usia 30 tahun..

Saya just nak kongsi cerita jer tentang sedikit pengenalan diri sendiri😁

Tapi takdelah cerita dari waktu lahir sampai ke besar ni haha.. Just nak share jer saya ni siapa, bisnes apa yang saya buat dan lain-lain.. Boleh? Jom teruskan baca…

 

Sebelum tu, nak share sikit tentang channel Sharing Bro Is ni…

Saya baru je konvo oktober 2019 lepas.. Masa baru siap grad ni, saya memang langsung taknak fikir pasal bekerja secara full time! Kalau boleh, just nak buat kerja-kerja partime jer sambil acah-acah belajar skil berkomunikasi dengan orang ramai haha..

Dipendekkan cerita, saya pun buatlah beberapa siri kerja-kerja partime sehingga ke Tahun 2021 ni.. saya pernah kerja kedai runcit, jadi chef assistant di asrama sekolah, tukang kebun & pengawal ganti di sekolah..

Masa tahun 2019 - 2020, saya pernah jer buat bisnes dropship tapi secara partime juga..masa tu saja je nak try terjun bidang bisnes online..cuba nasiblah katakan..

 

Bisnes dropship tu apa citer?

Tersadai tengah jalan lah jawabnya hahaha 🤣🤣🤣…..sebab saya tiada masa nak bersoal jawab dengan prospek di whatsapp..

Lagi satu, saya memang solo-solo je terjun bisnes ni dulu..seorang diri try & error.. 

Bila solo-solo ni, saya sentiasa rasa ada benda kurang.. Lepas dah lama sikit, baru saya perasan..yang rasa hilang tu adalah CIRCLE…

Bila takde circle yang betul ni lah akan senang buat kita rasa down..

 

Time inilah saya nak create channel Sharing Bro Is!

Sebab tu bila saya buat keputusan nak buat bisnes online semula, antara perkara pertama yang saya terfikir adalah nak create 1 networking circle..

Saya nak kita semua ada tempat yang boleh jadi rujukan & belajar ilmu-ilmu pasal online marketing..

DISCLAIMER jap siap²:-

Saya bukan sifu ataupun mentor yang buat seminar, coaching atau kelas bisnes..saya pun belajar juga..dan benda yang saya belajar tu saya kongsikan pada rakan-rakan yang join channel telegram.. Sebab, semakin banyak benda yang saya share makin banyak benda baru yang saya sendiri belajar..

Sebab tulah saya create channel Sharing Bro Is ni dengan harapan boleh bantu diri saya sendiri & juga bantu rakan-rakan lain untuk sama-sama jaga mindset & asah skil meniaga online..

 

Ok.. Cukup..

Sekarang jom saya share apa yang saya buat & kenapa saya buat bisnes tu…boleh ke?😃

Saya ada buat beberapa bisnes online..tapi antara yang saya fokus & aktif buat sekarang adalah….

 

1 ) Program Referral ToneWOW

Banyak kelebihan guna simkad ni.. Antaranya, dapat free wowcher point setiap kali topup.. Wowcher ni kalau dah banyak sangat terkumpul, boleh guna untuk tebus beli barang-barang kat 1,800++ kedai seluruh Malaysia macam Tesco, Giant, KK Mart, Petron dll..

Tapi part yang PALING BEST adalah program Referral Tonewow.. 

Platform tonewow ni memang saya sangat-sangat rekemenkan kepada mereka yang nakkan internet terpantas 4G+, pelan data berbaloi, boleh berjimat..dan dalam masa yang sama nak jana duit tambahan dengan program referral tonewow..

Info lanjut boleh baca di sini!>>>

 

2 ) Reseller Produk Digital

Antara produk digital yang popular di Malaysia adalah ebook, video tutorial, software, webinar dan lain-lain.

Bestnya mencipta produk digital ni sebab anda tak perlu pun bayar kos-kos bahan mentah, produk tak basi, boleh dijual secara unlimited & hampir 100% komisen dapat pada anda..

Tapi macam mana kalau kita takde idea nak buat produk digital apa? Ada cara lain ke?

Haaa..dekat sini anda boleh dapatkan Lesen Reseller daripada pemilik asal produk digital tersebut.. Ada je sebahagian owner yang buka lesen reseller, tapi untuk kuota yang terhad sahaja..

Bagi anda yang nak dapatkan Lesen Reseller produk digital, boleh dapatkannya di sini!>>>

 

3) Selain tu, saya juga suka tulis artikel & buat salespage untuk produk orang lain..

Jika anda perlu bantuan nak tulis copywriting ataupun salespage, saya rekemenkan supaya anda belajar dari sini: Ilmu CopywritingHebat!>>

 

4) Dulu saya juga buatkan website khas untuk promosikan produk orang lain..

Simple jer.. Tapi sekarang dah tak buat dah..

Penting sebenarnya ada website sendiri sebab dengan website boleh bantu automasikan sales anda..

Dengan website anda dah tak perlu lagi nak reply wasap prospek satu persatu..hanya perlu share link website jer, nanti semua produk info boleh dibaca oleh bakal pelanggan dalam website jer..

Bagi yang nak bina website atau nak menulis artikel produk, saya sangat-sangat rekemenkan anda guna sistem Ordersini.

Sistem ni semua complete..ada fungsi blog, ada fungsi ‘page’ untuk bina salespage & ada features yang boleh uruskan tempahan produk anda..memang recommended!

Boleh baca tentang tawaran ordersini di sini!>>>

.

.

Ada yang baca sampai habis ker? 😃

 

Yang suka bercakap panjang lebar dengan anda,

Isman Sahidun @ Bro Is